Menanti kedatangan khamis hdpan dgn ati yg berdebar2.. gementar untuk mengetahui reaksi para panel ttg tajuk Final Year Project saya - Study Of Implementing 5s & Kaizen In A Workplace At YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan) Terengganu. Fokus kajian adalah pada Bahagian Pembayaran Balik Pinjaman. Bahagian yg pada pandangan sy melibatkan banyak dokumen2 penting ttg pemyata kewangan pinjaman dan status terkini para peminjam dari organisasi berkenaan. Segala dokumen tersebut perlu dikhususkan tempat penyimpanannya supaya segala urusan pencapaian fail dpt dipendekkan dan memudahkan kerja2 pencarian dokumen berkenaan disamping dpt meminimunkan kes2 kehilangan helaian penting dari dokumen tersebut.
Sudah 2 ari bertungkus lumus menyiapkan slide untuk presentation kami yang pertama dihadapan juri khamis ini. Ari yg menetukan samada tajuk yg kami proposed ini boleh proceed ataupon direject terus.. minta2 semuanya dipermudahkan dan tajuk ni boleh diteruskan seperti yg dirancang. Part yg paling mencabar adalah untuk merangka Literature Review.. dimana kami perlu meneliti setiap journal yg berkaitan dgn project kami yg pernah dilakukan oleh penyelidik2 terdahulu. Rangkaan melibatkan area of study, implementation, methodology dan result yg diperolehi..bukan 1 atau 2 journal..sebaliknya jumlah sebenar melebihi dr itu.. semuanya untuk mengukuhkan tajuk yg kami sudah ajukan kepada para panel untuk meyakinkan mereka bahawa tajuk kami ini bukan tajuk 'syok sendiri'..huhu
Okla..mahu sambung kembali kerja yg terhenti..sekadar mahu berkongsi tension dikepala buat sementara waktu.. pesanan buat semua.. amalkan Amalan Persekitaran Berkualiti dlm hidup anda.. mulakan dngan memahami 5s dan fungsi serta implikasinya.. pasti ia akan memudahkan segala urusan kehidupan anda..Selamat Ber5s..!!











0 comments:
Post a Comment